Wednesday, 4 April 2012


Laluan Sungai Miri bahaya
Oleh Kandau Sidi
kandau@bharian.com.my
2012/01/20

BANGKAI kapal separuh terapung di Sungai Miri sekali gus
menghalang laluan kapal di sungai itu.
BANGKAI kapal separuh terapung di Sungai Miri sekali gus menghalang laluan kapal di sungai itu.
SELAIN dilabel sungai paling tercemar di Malaysia, Sungai Miri kini dianggap paling bahaya bagi industri perkapalan di Utara Sarawak angkara sampah sarap yang membentuk 'jerangkap samar'. 

Keadaan itu sekali gus menjadikan sungai terbabit laluan paling berisiko tinggi kepada industri perkapalan yang beroperasi di situ.Sungai Miri yang sepatutnya menjadi sumber perikanan negeri, kini bukan saja kotor, bertoksik, dipenuhi sampah kini berisiko untuk pemilik bot angkara sampah pukal seperti pukat, tayar, wayar kabel dan tali yang kerap tersangkut pada bahagian kipas kapal.

Setiap kali tersangkut, kerja membersihkan bahagian kipas kapal menyebabkan pemiliknya menanggung perbelanjaan sekitar RM10,000 apabila terpaksa menghantar bot masing-masing memasuki dermaga kering yang memakan masa. 

Kos itu mungkin meningkat jika tahap kerosakan lebih teruk manakala pilihan kedua yang agak mudah ialah dengan menggunakan khidmat penyelam membersihkan kipas kapal. 

Seorang kapten kapal, Marhein Yole Nelson, 46, mengakui operasi perkapalan di Sungai Miri paling berisiko berbanding sungai lain di Sarawak. 

Beliau berkata, Sungai Miri dipenuhi 'jerangkap samar' seperti pukat, tali, wayar kabel dan tayar yang sering tersangkut dan merosakkan kipas kapal. 
"Sampah berkenaan dibuang nelayan, pemilik kapal serta pengusaha industri hiliran yang beroperasi di sepanjang Sungai Miri," katanya. 

Marhein berkata, ketika ini semakin banyak kapal buruk dan tidak dapat beroperasi dibiarkan memenuhi kawasan di sepanjang tebing sungai terbabit. 

"Lebih mendukacitakan banyak kapal nelayan Vietnam yang ditahan kerana menceroboh perairan negara dibiarkan reput dan terapung di Sungai Miri. Kapal berkenaan dipenuhi pukat, tali, wayar kabel termasuk tayar yang boleh mengganggu dan membahayakan operasi kapal di sungai ini," katanya. 

Sementara itu, Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Syed Nor Adli Syed Abdul Rahman, berkata tindakan sudah diambil untuk melupuskan kapal nelayan asing di Sungai Miri. 

"Kita akan lupuskan kapal nelayan asing berkenaan supaya ia tidak menjejaskan laluan kapal lain, namun proses itu mengambil masa agak lama kerana kapal terbabit tidak dapat dilupuskan serta merta selagi ia masih diperlukan sebagai bahan bukti di mahkamah,” katanya. 

Tinjauan Joran mendapati masih banyak kapal buruk dibiarkan terdampar sepanjang Sungai Miri, khususnya di jeti persendirian yang dibina di situ. Kapal lama dibiarkan tenggelam dan tidak diurus dengan baik sehingga mengakibatkan laluan semakin sempit terutama ketika air sungai surut. 

No comments:

Post a Comment