Sindiket dadah Miri lumpuh, 3 ditahan
Sindiket dadah Miri lumpuh, 3 ditahan
26/02/2012 3:36pm
MIRI — Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sini, dengan penangkapan tiga warga tempatan serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM77,000.
Ketua Polis Miri ACP, Mun Kock Keong berkata, semua suspek termasuk seorang wanita, berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan pada 23 Feb lepas di sebuah rumah di Krokop.
“Hasil serbuan 3.40 pagi itu, polis berjaya merampas ganja seberat 5.13 kg, 500 biji pil eramin 5, 240 biji pil ecstacy, serbuk ecstacy seberat 5.8 gram dan candu masak (opium) seberat 30 gram,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis methaphetamine.
“Kita sekarang sedang mengenal pasti di mana mereka mendapat bekalan kerana ada jenis dadah yang dirampas seperti candu masak amat sukar didapati di negara ini,” katanya.
Katanya, polis juga sedang menyiasat sama ada pengedaran dadah itu melibatkan pasaran tempatan atau negara luar. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment